Pengenalan tentang pemilik

Mami Okada
Mami Okada, okami-san/pemilik ialah seorang peminat tegar sumo sejak kecil. Mami membuka Gocchan kerana mahu semua orang di dunia ini berpeluang untuk menikmati okonomiyaki dari Osaka yang merupakan tempat dia dilahirkan dan dibesarkan.

Apakah makna okami-san?
Okami-san adalah pemilik wanita ryokan (rumah penginapan tradisional Jepun) atau restoran Jepun yang bertanggungjawab melayan para tetamu dengan baik. Okami-san juga adalah wanita yang menjadi orang kanan di rumah latihan sumo, yang terlibat dalam pengurusan rumah, menjaga tuan rumah dan ahli sumo, dan mengendalikan kumpulan sokongan ahli sumo.

Maksud di sebalik nama Gocchan
Gocchan adalah perkataan yang digunakan oleh ahli sumo bagi menggantikan beberapa ucapan harian lain seperti terima kasih, itadakimasu (ucapan sebelum makan), gochiso-sama (ucapan setelah makan), onegaishimasu (ucapan ketika meminta bantuan). Secara formalnya Gocchan disebut sebagai Gottsuan desu.



Apakah okonomiyaki ?
Bancuhan tepung dengan sup yang kemudiannya dicampurkan dengan bahan-bahan seperti kobis, telur, daging dan makanan laut. Bancuhan ini akan dibakar dalam bentuk bulat di atas plat besi. Sos, mayonis, kepingan ikan dan serbuk rumpai laut akan diletakkan diatasnya setelah ia masak.


Sejarah Mengenai Okonomiyaki Cara Kansai (nama kawasan barat Jepun)
Dicipta kira-kira 100 tahun yang lalu. Permulaannya, okonomiyaki adalah makanan ringkas yang dibuat daripada adunan tepung dan air yang dibakar nipis di atas plat besi dan ditabur dengan serbuk ikan serta daun bawang. Dalam tempoh rekonstruksi selepas perang (1950-an), okonomiyaki diolah dengan menambahkan bahan-bahan seperti daging babi dan makanan laut untuk menjadikannya lebih mengenyangkan. Selepas tahun 1970, bilangan peniaga kecil okonomiyaki di rumah di Kansai mula meningkat justeru menyebabkan kelazatan okonomiyaki ini tersebar ke seluruh Jepun melalui orang ramai yang berkumpul di Pameran Dunia Jepun (juga dikenali sebagai Osaka Banpaku).

Pengenalan Tentang Kedai
Okonomiyaki Sakaba Gocchan
-
“Keselamatan”
makanan -
“gaya Osaka”
yang ramah -
“Menonton Sumo
di TV”
Penerangan tentang bahan-bahan yang digunakan akan diberi sebelum masakan disediakan supaya pelancong yang melawat Osaka dapat menikmati okonomiyaki dengan yakin. Kami berusaha menyediakan ruangan yang santai dan mengamalkan cara layanan pelanggan mengikut “gaya Osaka” yang ramah dan mengambil berat seperti mengalu-alukan kehadiran saudara yang datang dari jauh. Gocchan juga dijadikan sebagai tempat untuk menonton kejohanan besar sumo di TV yang berlangsung setiap dua bulan sekali, bagi berkongsi keseronokan sebenar sumo dengan semua orang, dan menjadi tempat untuk bertukar informasi antara peminat sumo, dari seluruh dunia. Sumo merupakan salah satu budaya tradisional yang mewakili Jepun.
Akses
Alamat
Chateau Sakuragawa 102, 2-1-15 Inari, Naniwa-ku
Waktu Perniagaan
Waktu makan malam 17:00-22:00.
Tutup pada setiap hari Rabu
Lokasi kedai
Turun di Stesen Sakuragawa, Osaka Metro Laluan Sennichimae.
Keluar ikut laluan nombor 7 dan jalan menghala ke kanan sejauh 500 meter. Ilustrasi sumo boleh di lihat di sebelah kiri.
Lebih kurang 15 minit dari Dotonbori.
5 minit dari Stesen JR Namba.
8 minit dari OCAT (Osaka City Air Terminal).